Monday 6 May 2013

Resepi Sandwich Telur Mayonis

RESEPI SANDWICH TELUR MAYONIS


Sejarah

Sandwic diambil sempena nama Earl of Sandwich IV, seorang aristokrat Inggeris abad ke-18
yang merupakan penggemar bermain kad. Earl of Sandwich IV ingin terus bermain kad tanpa harus berhenti untuk makan, sehingga daging yang dikepit dua potong roti dijadikan
makanan yang boleh dimakan dengan sebelah tangan sambil bermain kad. Earl of Sandwich IV berasal dari kota Sandwich di England. Dalam bahasa Inggeris kuno, Sandwic bererti "tempat berpasir."

Pengenalan
Resepi Sandwich telur mayonis adalah makanan berupa dua potong roti yang menyepit daging, sayuran, keju atau perasa makanan atau sos sehingga rasanya menjadi lebih enak dan sedap. Pelbagai jenis roti boleh digunakan untuk membuat Sandwic dan bergantung pada isinya. Permukaan roti biasanya disapu dengan sedikit mayonis, mentega, marjerin atau minyak zaitun yang berfungsi sebagai pelekat dan penambah bau. Sandwic juga dikenali sebagai roti lapis di Indonesia.

Di negara bukan makanan asasinya nasi, Sandwic biasanya dibawa ke sekolah atau ke pejabat di dalam kotak yang disebut lunchbox atau di dalam beg kertas berwarna coklat yang disebut brown bag (sandwich bag) untuk dinikmati sebagai makan tengah hari. Sandwic sesuai untuk dimakan oleh orang yang sibuk bekerja dan tidak mempunyai masa untuk menyediakan makanan. Walaupun Sandwic bukan makanan yang sangat mewah dan cantik, tetapi ia boleh mengisi perut seketika dengan perisa mengikut keseleraan masing-masing.

Sandwic juga dibawa sebagai makanan sewaktu berkhemah, mendaki gunung atau sekadar berjalan-jalan. Di rumah, Sandwic dinikmati sebagai pelengkap makanan utama. Jika dimakan di rumah sebagai makanan utama, Sandwic biasanya ditemani oleh makanan pendamping seperti sup (soup-and-sandwich), daun salad (salad-and-sandwich), kerepek kentang, kentang goreng, timun).

RESEPI SANDWICH TELUR MAYONIS
Bahan-Bahan untuk Resepi Sandwich telur mayonis
(Sesuai untuk 5-6 orang) 4 keping roti wholemeal
2 biji telur rebus
2 sudu makanan mayonis
2 sudu makanan sos cili
Serbuk lada hitam
Serbuk lada sulah/ putih
Marjerin lembut naturel


Cara-Cara untuk Membuat Resepi Sandwich Telur Mayonis
1) Kupas kulit telur dan lecek menggunakan masher atau garfu sampai hancur atau ikut suka diri kasar sikit pun boleh.
2. Selepas itu, bubuh mayonis, sos cili, lada hitam, lada sulah dan bawang besar yang sudah dicincang halus. Gaul sebati dan ketepikan.
3. Sapukan roti dengan marjerin lembut, letakkan inti (campuran telur tadi) di atasnya, selepas itu boleh susunkan sayur kegemaran dan picitkan lagi sos dan mayonis jika suka. Sapukan marjerin lembut pada satu lagi roti dan tutupkan roti satu lagi.
4. Potongkan roti tersebut kepada bentuk segitiga dan sedia untuk dinikmati.
Tips: Inti telur tersebut boleh dibuat lebih, dan disimpan dalam bekas kedap udara atau disimpan dalam peti sejuk. Boleh menikmati Sandwich yang enak dan lazat ini sewaktu kelaparan.


Bahan-Bahan untuk Resepi Sandwich Telur Mayonis
(Sesuai untuk 5-6 orang)
8 keping roti putih atau 3 croissant (dibelah tengah)
1 tin sardin (dibersihkan, buang tulang dan dilenyek)
1 sudu butter
1 sudu mayonis
2 sudu minyak masak
1 biji bawang besar (dihiris dadu)
2 ulas bawang putih (dihiris halus)
1 sudu kecil bahan perasa
3 biji cili padi (dihiris halus)
1/2 biji limau nipis


Bahan-Bahan Tambahan
Hirisan tomato
Hirisan timun
Daun salad
Capsicum
Kubis


Cara-Cara untuk Menyediakan Resepi Sandwich Telur Mayonis

 1) Panaskan minyak di dalam kuali, dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.

2) Masukkan sardine dan tambahkan bahan perasa. Gaul rata seketika.

3) Tambahkan pula cili padi dan kacau dengan rata dan sebati.

4) Tutupkan api kuali dan hidangkan sardine ke dalam mangkuk.

5) Campurkan mayonis, butter dan tambahkan perahan air limau nipis. Gaul rata kesemua bahan.

6) Sapukan butter pada roti dan bakarkan untuk seketika.

7) Angkat roti dan letakan sayur-sayuran (bahan tambahan) jika suka dan tambahkan sardin, kapit 2 keping roti. Siapkan untuk 4 set Sandwic.

8) Potongkan roti tersebut kepada bentuk segitiga dan sedia untuk dihidangkan.

Tips: Jika mahu menambahkan cheese juga boleh. Jika menggunakan croissant, tidak perlu dibakar. Terus masukkan sardine. Croissant disyorkan untuk digunakan kerana lebih enak.

SANDWIC KEJU
Bahan-Bahan untuk Sandwic
(Sesuai untuk 5-6 orang) 1 buku roti
bawang besar (Dimayang)
5 biji telur ayam (Dipukul)
Serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Butter atau Mentega
Mayonis
Cheese (Diparut)


Cara-cara untuk Membuat Sandwic Keju
1) Panaskan minyak terlebih dahulu, letakkan sedikit mentega dan tumiskan bawang yang telah dimayang.

2) Masukkan telur yang telah dipukul. Masak menjadi sehingga telur hancur.

3) Setelah masak, masukkan telur ke dalam mangkuk. Masukkan mayonis, lada hitam dan garam secukup rasa.

4) Sapukan sebelah bahagian roti dengan mentega dan buat sampai habis.

5) Pada bahagian yang tidak ada mentega, isikan telur mayonis dan ditaburkan dengan parutan cheese.

6) Tutupkan dengan sekeping roti di atasnya dan jadikan dua. Buat sampai habis.

7) Panaskan sandwich maker, masukkan kepingan Sandwic di dalam sandwich maker.

8) Masak sehingga kekuningan. Sedia untuk dimakan.

Di atas adalah bebrapa jenis Sandwich yang dimakan oleh orang ramai dari semua lapisan masyarakat tidak kira umur dan jantina. Sandwic amat disukai dan digemari oleh kanak-kanak kecil sebab keenakkan, kelazatan dan keistimewaan dapat menarik perhatian mereka. Cara-cara untuk menghidangkan Sandwic secukupnya adalah dihidangkan sebagai potongan roti yang diletakkan ke dalam piring hidangan. Tambahan pula, Sandwic boleh disediakan dengan pelbagai jenis yang tidak sama mengikut citarasa sendiri.